Iman Mutiara
Raihan
4:22Sebenarnya hati ini cinta kepadaMu Sebenarnya diri ini rindu kepadaMu Tapi aku tidak mengerti Mengapa cinta masih tak hadir Tapi aku tidak mengerti Mengapa rindu belum berbunga Sesungguhnya walau kukutip Semua permata di dasar lautan Sesungguhnya walau kusiram Dengan air hujan dari tujuh langitMu Namun cinta takkan hadir (namun cinta takkan hadir) Namun rindu tak akan berbunga Ku cuba menghulurkan Sebuah hadiah kepadaMu Tapi mungkin kerana isinya Tidak sempurna tiada seri Ku cuba menyiramnya (cuba) Agar tumbuh dan berbunga Tapi mungkin kerana airnya Tidak sesegar telaga kautsar (idak sesegar telaga kautsar) Sesungguhnya walau kukutip Semua permata di dasar lautan Sesungguhnya walau kusiram Dengan air hujan dari tujuh langitMu Namun cinta takkan hadir (namun cinta takkan hadir) Namun rindu tak akan berbunga Jika tidak mengharap rahmatMu (jika tidak) Jika tidak menagih simpati PadaMu ya Allah Tuhan hadiahkanlah kasihMu kepadaku Tuhan kurniakanlah rinduku kepadaMu Moga kutahu syukurku adalah milikMu