Pusara Di Lebuhraya
Ekamatra
5:11Di sini kasih pernah berbunga Tiada harum tiada warna Di sini cinta pernah membara Tanpa bahang dan tanpa apinya Begini yang ku rasa Hidup kita berdua Di sini langit mendung selalu Tiada cahaya menyinariku Di sini aku tiada berdaya Mengikut kata tanpa bicara Kerana engkau tahu Aku tidak sepadan denganmu Hubungan kita suatu persinggahan Bukan pengabadian yang rela Pemergianku oh kerana terpaksa Demi hidup yang lebih sempurna Anggaplah kehadiranku Hanya satu persinggahan Aku tidak menjanjikan Mahligai impian Sebagaimana kau harapkan Biarlah jauh dari pandangan Daripada dekat penuh seksa Biar berduka biar melara Dari sengketa sepanjang masa Janganlah engkau harapkan Ku menghambakan diri Nanti kau tahu ertinya sepi Bagaikan pisau menghiris api Nanti kau tahu ertinya rindu Bagai tertusuk duri sembilu Batin akan tersiksa Jasad pasti merana olehnya Hubungan kita suatu persinggahan Bukan pengabadian yang rela Pemergianku oh kerana terpaksa Demi hidup yang lebih sempurna