"2"
Kru
4:08Hey gadis Kini kurasa keajaiban cintamu Oh yeah Tak kuduga disebalik bual mesra Seorang gadis memendam rasa cinta Walaupun sudah sekian lama Kini kusedar dia yang teristimewa Perkenalan kami bermula di alam remaja Di mana 'ku dan dirinya hanya teman biasa Kami bersama harungi segala suka duka Kusentiasa memerlukan dirinya Sesekali aku tertenung ke arah matanya Dan seolahnya tersimpanlah sebuah rahsia Rahsia yang terpendam untuk sekian lama Apakah sebenarnya erti renung matanya? Walau tak pernah kumengerti sindiran hatinya Namun di hatiku dirinya tetap istimewa Bagai pelita menerangi laluan hidupku Dia menjadi sumber inspirasiku Di antara gadis jelita walaupun beribu Hanya dia sahaja yang memahami hatiku Kini jelaslah sudah dialah yang kutunggu Gadis pilihanku, pujaanku Sesungguhnya sekian lama Kucari cinta sedunia Rupanya gadis idamanku Selamanya ini berada Di depan mata Yeah, oh kasih! Sememangnya sudah berkali 'ku dilamun cinta Namun tak pernah kutemu yang sehati sejiwa Dan selalunya bersudah dengan hatiku luka Kau membawa kembali sinar surya Di antara gadis jelita walaupun beribu Kau bagaikan permata yang menghiasi hidupku Kini jelaslah sudah dikaulah yang kutunggu Gadis pilihanku, pujaanku Hatiku milikmu Sesungguhnya sekian lama Kucari cinta sedunia Rupanya gadis idamanku Selamanya ini berada Di depan mata Kini kusedar Hey gadis! Maafkanlah 'ku kerana kabur pandanganku Kutahu betapa besarnya pengorbananmu selama ini Lihatlah mataku Kerna aku cinta padamu Sesungguhnya sekian lama Kucari cinta sedunia Rupanya gadis idamanku Selamanya ini berada Di depan mata Di depan mata, ha